Wednesday 29 June 2011

buTa


Coretan dalam simpanan...
Tiga buta yang membawa bencana dan bahagia...

Sedar atau tidak kita mungkin buta walaupun boleh melihat dengan jelas....


~ Buta hati ~
Hati yang buta tidak akan mengenal Allah, kebaikan dan kebenaran. Lalu timbullah penyakit keji-mengeji, tidak bertimbang rasa, tidak bersyukur serta tidak merasa berdosa dan bersalah apabila melakukan maksiat. Hati hanya mengikut kepimpinan hawa nafsu jahat dan terus melakukan dosa dan kemungkaran.

Akibatnya seseorang insan itu akan berkelakuan seperti syaitan yang suka mengadu domba, tamak, membuat fitnah, sombong dan bersifat seperti binatang. Hati sudah tidak berperanan, sebaliknya nafsulah yang mengambil alih tempatnya sebagai raja.
"Sesungghnya Kami peruntukan untuk mereka neraka Jahanam kebanyakkannya terdiri daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (bukti kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Al-Araf:179)


~ Buta Aqal ~
Orang yang buta aqal ialah orang yang aqalnya tidak boleh berfikir lagi atau tidak mahu lagi menggunakan fikirannya sekali pun otaknya tajam dan cerdik. Apabila aqalnya telah buta, dia tidak lagi dapat menangkap ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup daripada apa yang dilihat atau pun daripada sentuhan anggota lahir. Akibatnya manusia seperti ini menjadi pasif, beku dan kosong daripada ilmu pengetahuan.~ Buta Nafsu ~

Sebaliknya buta nafsu ialah nafsu yang tidak mendorong manusi mengikut sifat semulajadinya ke arah kejahatan dan kemungkaran. Ia akan membawa kebahagiaan kerana kebutaannya akan dipimpin oleh hati yang memang tabiat semulajadinya mengenal Allah, taat dan sukakan kebaikan.

Hati sebagai raja dalam kerajaan sendiri (diri kita) akam memimpin nafsu bersesuaian dengan kehendak yang dibenarkan oleh Allah dan Rasul. Hati yang buta ialah hati yang rosak, kebutaan itu akan dipimpin oleh nafsu, sebaliknya nafsu yang buta adalah lebih baik buat seseorang kerana ia kan mendorong kepada kebaikan.

Oleh itu HATI hendaklah di JAGA agar sentiasa SIHAT, AQAL pula hendaklah diPELIHARA agar TIDAK BUTA supaya dapat memimpin HATI dan NAFSU ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat...



Wallahu'alam...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...