Thursday 14 July 2011

Maaf bila aku berdiam diri



Biarlah diam menjawab soalan
dari mengulas seribu persoalan
kerana 1 penyataan...
mendatangkan pelbagai kekeliruan
namun, sejuta kemaafan aku pohon
kerana diam ku ini mungkin menyakitkan
mungkin juga mengundang benci...
aku tidak mahu mengeruhkan keadaan
maka biarlah aku berdiam diri




diam. agak2 boleh tak kita berdiam diri dan pasrah dgn semuanya? bila hati disakiti, dilukai, maruah dicalar, perasaan ego dicabar, dan sebagainya, masihkah kita boleh berdiam diri? well, tepuk dada tnyalah hati masing2. kalo kesabaran itu masih ada, tentu boleh. tapi aku berdiam bukan sbb aku mampu bersabar. tp kerana terlalu bersabarlah aku berdiam. terlalu penat. kata org putih, i'm tired.

penat bukan penat bekerja. bukan penat berfikir. tpi penat menyakiti hati sendiri. kdg2 bila kita terlalu byk bercakap, kita sebenarnya menyakitkan hati sendiri. tak percaya?? sekali lagi, tepuk dada tnyalah hati sendiri. penat bercakap keburukan org lain. penat menyumpah seranah org lain. penat memaki hamun. penat mengumpat. yg akhirnya x dpt sebarang balasan sebaliknya menambahkan dosa2 yg semakin menggunung.

betullah pepatah yg mengatakan lidah itu umpama senjata. kata-kata yg disebut melalui lidah, boleh melukakan hati seseorang. ibarat pisau yg tajam. kita tidak akan rasa sakitnya kalo tidak terkena di batang hidung sendiri. akhirnya, setelah menimbang balik dari segenap sudut, aku terfikir utk menjadi seorang yg lebih diam. diam yg bermakna aku menjadi lebih matang. lebih berfikiran jauh. lebih baik dari sebelumnya.

bila difikir2kan, aku terasa amat beratnya bebanan aku nnt kerana terlalu byk bercakap. apatah lagi bila bercakap ttg sesuatu yg tidak betul atau tidak pasti kebenarannya. biarlah mereka pula yg berkata-kata. cakaplah semahu hati kalian. cakaplah apa saja yg terlintas di fikiran kalian. cakaplah apa saja yg tidak baik ttg aku. aku akan terus berdiam. sbb ada kalanya bila aku membalas dan bertekak, akhirnya aku terlupa bahawa aku juga bukanlah seorang yg sempurna. biarlah kata-kata itu masuk di telinga dan singgah di hati. biarlah ku tapis tnpa kuluahkan kembali.

aku hanya akan bercakap bila perlu. aku hnya akan membisu sahaja selepas ini. jgn tnya kenapa aku berdiam. aku berdiam kerana aku sudah terlalu byk memendam rasa. biarkan aku begini. walau tak pasti utk berapa lama. mungkin esok aku berdiam. mungkin lusa aku membecok kembali. siapa tahu?????
......................


berdiam diri . ye , tu perkara utama yang aku akan buat bila aku nga marah or sakit hati or sebal or sedih or yang sewaktu dengannya . why diam ? sebab aku sangat x suka orang yang x reti nak respek perasaan aku . kenapa perlu aku respek dia kalau dia sendiri x reti nak respek aku kan ? orang baik dengan aku , baik la aku balas . tapi bila kesakitan yang di kasi kat aku , itu jugak la yang kamu dapat . bila tetiba aku diam dan seboleh mungkin x mau cakap , that's mean there is something wrong . either aku marah or terasa hati . then kenapa x terus terang cakap aku marah ? are u crazy ? u should know this . bila aku marah , perkara paling x patut aku buat adalah KELUARKAN SUARA . bila hati aku da panas , komfem ayat yang kua dari mulut aku pon langsung x tapis - tapis dah .keadaan akan jadi lebih buruk . dan seandainya aku dapat halang diri aku dari bersuara , the next thing yang aku buat adalah nangis . why ? aku pon x tau . tapi tu la aku . bila kemarahan terlampau , da x dapat dibendung . . airmata pon da x mampu aku kawal lagi . the best thing u can do is . . just let me alone . biar aku menangis sepuas nya sendiri . coz tu cara aku untuk hadapi kemarahan diri sendiri . itu yang mampu buat aku sedikit lega




Read more...

Monday 11 July 2011

Kurangkan Selera Kurangkan Berat



Salam utk sumer. Tajuk kali nie agak pelik sket coz membincangkan tentang diet nie adalah terlalu remeh temeh. Sebenarnyer diet nie bukan lah satu remeh temeh. Disamping menjaga bentuk badan diet merupakan satu perkara yg perlu dititikberatkan kerana diet mempengaruhi kesihatan kiter. Maknanyer diet yg sempurna mempunyai kesihatan yg bagus.

Aku dulu x der lah pandang sgt akan diet nie. Tapi biler dah kurang bersukan dan sibuk dgn kerja yg kurang pergerakan maka berat badan aku pun naik mendadak. Huh. Aku perasan biler aku tgk gambar aku 3 tahun lepas dgn sekarang. Dan paling ketara perbezaan digit biler aku menmbang berat badan. Hehe.



Aku cuber kembali utk ikut kehidupan aktif tapi gagal biler jadual aku seringkali bertukar rentak. X leh wat per. Nak kurangkan makan? Hehe. Sensitif tue. Aku suker makan biler ader masalah. Lagi parah tue.




Lamer aku berfikir bg mengatasi masalah nie. Akhirnyer aku bertemu stu cara secara tiber. Aper kate kalau aku mengurangkan selera makan aku. Kan senang. Hehe. Tapi camner? Aku try search ubat2 kat google. Bahayer tue. Tapi sajer2 jer. Tapi aku terjumper lak tips cara nak kurangkan kiter nyer selera. Kira bagus ar.

Tips ini aku masih dlm praktikal. Walaupun pada awalnyer aku masih mencuba dan nak nampak hasil tue jauh sekali. Hehe. Tapi teruskan mencuba. Dan aku sajer2 nak kongsi supaya kiter sumer2 dpt jadik rakyat malaysia yg mempunyai kesihatan 1st class dan kurang berat badan. Hehe.




Tips mengurangkan selera makan:

1. Gunerkan pinggan yg kecik. Jgn guner pinggan besar coz nanti psiko korang soh fullkan pinggan tue ngan makanan. Klu pinggan kecik klu penuhkan pun tetap kecik. Hehe. Tapi masalahnyer maner aku nak dpt pinggan kecik kat umah aku nie. Takkan nak makan pakai piring. Hehe.

2. Minum banyak air sebelum makan. Biler dah minum byk air kiter akan raser perut kiter penuh dan biler makan tue makan sket jer. Tak cayer try ar.

3. Jgn minum maser tgh makan. Nanti selera kiter bertambah. Tak taue sebab aper. Tapi petua pun ader ckp jgn berulang air maser tgh makan nanti perut buncit.

4. Semakin byk selera kiter dpt dipuaskan semakin kuranglah kiter makan. Teknik nie mmg bagus. Kiter wat makanan kiter sedap2. Sesedap sedapyer lah. Sampai satu tahap apabila selera kiter dah dipuaskan kiter akan kurang makan. Tapi boleh ker nie. Klu dah sedap lagi byk lar kiter makan. Hehe.

5. Makan perlahan2. Satu lagi kaedah psikologi. Dlm kater lain biler kiter makan perlahan2, otak kiter mempunyai byk maser nak detect semaada perut kiter nie dah penuh atau x. Ikut sunnah kunyah 40 kali.

6. Banyakkan sayur dlm hidangan. Kombinasi sayur dalam hidangan akan membuatkan kiter cepat kenyang. Camner yek klu yg musuh nombor satu diorang sayur???

7. Psikologi lagi. Setting meja makan korang lawa2. Biler lawa sedap dipandang dan kalau makan sket pun korang akan tetap raser kenyang. Psiko tue..

8. Kekalkan mood baik. Hehe. Mood baik makan pun sket. Kirer cam aku ar. Time tensen paling tinggi tahap pemakanan aku. Hehe. Tapi ader gak time orang tue hepi lar dier nak makan byk. Camner lak tue..

9. Jgn sekat time makan. Maknanyer kiter jgn tahan biler dah tiber time makan tue. Better makan jer lar. Biler kiter x makan dan makan lak selepas waktu makan tue kiter akan lapar berganda dan kiter makan berganda dari yg biaser. Tak pasal2 jer.

10. Yang terakhir lak. Pastikan makanan yg dimasak x sumer dihidangkan kat meja. Yg selebihnyer letak lar kat dapur dulu. So, klu kiter nak makan lagi kter amik lar kat dapur. Jadik mungkin nie leh dijadikan salah satu exercise kiter dan juga menjadikan kiter kurang makan coz malas nak amik makanan lagi. Aku cadangkan periuk nasik letak kat dapur. Biler nak tambah nasik kener ar pegi dapur. Hhaha..

Abes pun Atok bagi petua utk cucu2 sekalian. Hehe. Ape2 pun petua2 nie hanyalah petua2 klu korang termasuk aku tak amalkan. Kater nak kurus? Sebenarnyer tak kiralah kiter nie dikategorikan saiz aper2 pun asalkan kiter punyer hidup yg sihat dan bahagia di smping yg tersayang.

Petua2 nie pun berguna gak di kala sibuk kenaikan harga barang kat malaysia nie. Hehe. Demi menghadapai masalah kenaikan harga akan datang bek kiter bersedia awal2..tol tak?


Read more...

Wednesday 6 July 2011

Cerpen: Yang Tertinggi Cintanya.

Cinta yang tidak terikat dek gari-gari dunia, itu cinta yang tertinggi buat manusia sebenarnya

Asas cerita ini adalah daripada kisah benar,

Kisah benar yang menyentuh hati saya,

Moga-moga kita belajar,

Untuk menjadi yang tertinggi cintanya.

Sungguh, orang-orang beriman itu luar biasa, hatta dalam bercinta

Cerpen Yang Tertinggi Cintanya,

Enjoy!


Cerpen: Yang Tertinggi Cintanya.


Al-Quran itu dipegang dengan kemas. Mata menumpukan perhatian. Hati seakan-akan sedang bersemayam di atas awan. Membaca dengan penuh penghayatan.

Dia perlukan ketenangan yang lebih. Allah sedang mengujinya.

Surah Toha itu dialun suaranya, gemersik memenuhi ruang biliknya. Surah kesenangan di kala gundah, surah kekuatan di kala susah.

“Ehem.”





Dan pembacaannya terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh.

Farid Mursyidi sedang menyandarkan bahu pada bingkai pintu, dengan wajah dihiasi senyuman nakal.

“Nak apa?” Dia bertanya perlahan, sambil memusingkan seluruh tubuhnya, tetapi masih kekal bersila. Dia tahu, pastinya Farid perasan wajah monyoknya itu. Perlahan-lahan Farid mendekatinya.

“Masih bermasalah dalam membuat pilihan wahai sahabatku Syakir Muntasir?” Bahunya ditepuk, dan Farid kini bersila di hadapanya. Lutut bertemu lutut.

“Aku masyghul la. Keputusan yang sukar.” Syakir menggaru kepala.

“Istikharahnya macam mana?”

“Apa, kau ingat semua istikharah keluar mimpi bagi jawapan? Kalau macam itu baik aku istikharah setiap malam periksa.” Syakir menjelirkan lidah. Farid seakan-akan tidak tahu bagaimana sistem istikharah yang sebenarnya berfungsi.

Farid tertawa senang. Bahu Syakir ditepuk beberapa kali. Mungkin memahami, sambil terkesan dengan canda tadi.

Istikharah bukanlah satu keajaiban untuk menggolekkan jawapan kepada kita. Istikharah hakikatnya perlu diiringi usaha membuat kalkulasi yang baik. Tanda istikharah bukan semestinya mimpi, tetapi hakikatnya adalah ketenangan hati yang kuat apabila membuat keputsan.

“Aku nampak jalan ke sebelah B lebih benar dan aku macam lebih tenang ke sana.” Syakir melepaskan keluhan. Nampak bahawa Jalan B bukan jalan pilihan asalnya.

“Kau rasa, kalau kau pilih jalan B, jalan A akan hilang?”

Dan kini matanya dan mata Farid bertaut. Sengih kelat muncul pada wajah Syakir. “Lebih kurang. Kau tahu aku cintakan Humaira’ bukan? Aku hanya perlu tunggu dua tahun sahaja lagi.”

“Tapi pada masa yang sama, kau perlu berkahwin sekarang. Kau adalah orang yang siap, sudah bersedia, dan kau memang perlu kahwin. Kalau tak, resah gelisah tak berhenti. Fokus terganggu. Namun, memilih Anum Sakeena ada downsidenya.”

“Ada ‘banyak’ downsidenya.” Syakir menambah.

Farid pula yang menghela nafas kali ini. Ya, keputusan yang sukar.

“Kadang-kadang Syakir, walaupun kita ini manusia yang ikuti jalan dakwah dan tarbiyah, kita masih terikat dengan gari-gari dunia bukan?” Farid menolak tubuh, bersandar pada dinding. Melunjur kaki, sambil memandang siling.

Jiwa Syakir seakan tercucuk dengan kalam itu. Dia melihat sahaja sahabatnya itu.

“Maksud?”

“Yalah. Kalau aku, aku akan biarkan sahaja Anum. Aku akan sanggup tunggu Humaira’. Aku sanggup menderita dua tahun, dari ambil risiko duduk dengan Anum. Tambahan, dalam posisi kau, aku cintakan Humaira’. Tinggal…” Kata-kata Farid terhenti. Dia melirik kepada Syakir.

Mata Syakir dan Farid bertemu. Syakir hanya diam. Ingin Farid menyempurnakan bicara.

“Tinggal kita tahu, Anum memerlukan bantuan kita, pertama. Kedua, dalam posisi kau, kita memerlukan kehadiran Anum yang sanggup berkahwin dengan kita sekarang. Ketiga, hajat Anum bukan hajat yang kecil, dan belum ada yang sanggup membantunya, sedang kita telah terlanjur memikirkannya, tambah pula dalam posisi yang siap untuknya.”

“Kita? Kau ajalah yang pergi ambil Anum.”

Farid tertawa. “Kita di sini bermaksud kau lah. Aku mana mampu kahwin lagi. Kau dah mampu, tinggal kena tunggu sebab nak kejar cinta sahaja. Itulah yang aku kata, kita ini walaupun ikut jalan dakwah dan tarbiyah, kita masih terikat dengan gari-gari dunia. Kita amat tahu relevannya hajat Anum, tetapi kita rasa sukar nak penuhi hajat dia, sebab hajat dia tak ada harganya di atas dunia. Hanya berharga di akhirat sana. Aku sebut kita, sebab kalau aku jadi engkau, aku sendiri jadi berat.”

Suasana bilik itu senyap sebentar. Seakan menunggu giliran, azan isya’ dari Masjid University of Yarmouk kedengaran. Azan mendayu-dayu, seakan waktu rehat dari perbincangan yang mengkusutkan itu.

Dunia dan akhirat. Orang-orang yang mengikuti jalan dakwah dan tarbiyah pun, adakalanya masih tergari dengan dunia. Sedangkan, secara sedarnya, dia tahu apa pilihan yang patut dia lakukan.

Azan tamat. Doa. Mata Farid dan Syakir kembali bertemu. Masih senyap.

Perlahan-lahan Farid berdiri, dan mendekati Syakir. Bahunya disentuh lembut.

“Mungkin ada waktu itu, kita kena belajar untuk campak segala-galanya, dan hanya percaya kepadaNya. Kena berani buat leap of faith.”

Kemudian Farid bergerak keluar dari bilik. Pastinya hendak menuju ke masjid.

Syakir keseorangan.

Campak segala-galanya, dan hanya percaya kepadaNya.



*******



Anum Sakeena. Seorang yang pada zahirnya kelihatan seperti bidadari. Dia lawa. Dia cerdas. Dia juga aktif dalam urusan dakwah dan tarbiyah. Lebih mencantikkan peribadinya, dia tiada kasta. Dengan rakan-rakan yang tidak berapa faham Islam pun, dia masih bergaul, mendekati, dan memesrai. Sebab itu pelajar-pelajar perubatan dan pergigian di Jordan amat mengasihinya. Pembetulan, semua pelajar di Jordan ini mengasihinya.

Namun Allah SWT menguji. Anum Sakeena dipercayai mempunyai Systemic Lupus Erythematosus atau SLE. Satu penyakit yang akan meragut nyawanya untuk satu jangka masa yang tidak lama lagi. Tetapi tiada siapa yang melihat Anum Sakeena bersedih hati atau kegelisahan. Dia seakan-akan manusia paling tabah yang berjalan di atas dunia ini. Dia tidak pula pulang ke Malaysia dan berhenti belajar seakan-akan dunia telah kiamat. Dia masih meneruskan kehidupan, studi dengan rajin, dan hidup dengan gembira.

Tetapi, ada satu perkara yang menggusarkan Anum Sakeena. Dan perkara itu tidak diceritakan kepada sesiapa, kecuali seorang manusia yang diyakininya dalam keadaan mampu, dan mungkin akan membantunya.

Itulah dia Syakir Muntasir. Pelajar Tahun 3 Fiqh Wa Usuluhu di University of Yarmouk. Satu angkatan dengan Anum Sakeena, tinggal Anum Sakeena mengambil pengkhususan Iqtisod Islami.

Syakir Muntasir sangat terkenal dengan manusia yang lebih tua dari usianya. Walaupun di luar Syakir kelihatan seperti manusia yang tidak peduli apa-apa, tetapi apabila keadaan memerlukan seorang Syakir Muntasir untuk serius, tiada sesiapa yang mampu menghentikannya. Fikirannya matang, fikrahnya jelas, disiplinnya tinggi, pandangannya jauh, dan dia seorang yang siap untuk memikul tanggungjawab yang besar, juga mampu menghadapi banyak dugaan kehidupan.

Dan Anum Sakeena amat pasti, Syakir Muntasir sedang mempersiapkan diri ke gerbang perkahwinan, memandangkan ura-ura bahawa lamaran lelaki itu ditolak, atau lebih tepat lagi, ditangguhkan untuk diterima, telah tersebar dalam komuniti di sini. Perempuan itu nampaknya tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab pada ketika ini. Dua tahun dimintanya tangguh. Berita sebegini tidak sukar didapati, kerana Syakir Muntasir sangat terkenal di sini. Sama ada dia mendiamkan segala cerita di dalam tubuhnya seorang, atau cerita itu akan bergerak meliputi seluruh Jordan dalam masa yang sekejap sahaja. Dan Syakir Muntasir juga manusia, pasti paling kurang dia akan berkongsi masalah hidupnya dengan teman-teman karib.

Mendengar berita itu, Anum Sakeena terasa seakan-akan Allah membukakan jalan untuknya. Walaupun dia tidak tahu, apakah perancangan Allah SWT yang sebenarnya, namun nyatanya dia telah membuat kalkulasi dan merasakan inilah yang terbaik. Maka dengan berani, setelah mendapat izin ibu ayahnya, dia mewakilkan seorang senior tahun 6 Perubatan untuk menyampaikan hajatnya kepada Syakir Muntasir.

“Anum Sakeena ingin dirinya dikahwini Syakir Muntasir, kerana adalah satu hajatnya yang besar sebelum meninggalkan dunia ini dia meninggalkan satu saham akhirat yang besar untuk dirinya, dan meninggalkan satu hadiah yang besar untuk Islam di atas dunia. Itulah dia seorang anak. Anum Sakeena ingin ada cebisan dirinya, yang tinggal di atas dunia ini untuk terus memberikannya pahala, dan berjuang untuk Islam buat dirinya.”

Dan saban hari, Anum Sakeena berdoa agar Allah SWT memakbulkan hajatnya, atau memberikannya sesuatu yang lebhi baik.

Itulah hajatnya.

Dan bukan sebarang orang akan menyahutnya.



******



Lepaskan segala-galanya. Hanya percayakan Dia!

Syakir bangun dari pembaringannya malam itu. Saat dia yakin dan tenang dengan keputusannya. Saat dia membuat keputusan, untuk membuat satu anjakan paradigma, lompatan saujana yang akan mengubah lorong hidupnya.

Dia mencapai telefon bimbitnya. Ibu Humaira’ dihubungi.

“Ibu, Syakir rasa, Syakir nak buat keputusan ini.”

Dan hanya esak tangis sahaja kedengaran. Syakir tabah. Tidak tergugah.

Ummi Abahnya dihubungi. “Syakir nekad.”

Dan Ummi Abahnya tidak berkata apa-apa lagi. Menyokong, dan mendoakan.

Dia menggenggam erat tangannya. Keputusan yang berat. Tetapi hendak diluahkannya.

Lepaskan segala-galanya. Hanya percayakan Dia!

Mendail nombor terakhir. Kak Rasyidah, pelajar perubatan tahun 6 yang menghubunginya tempoh hari mewakili seorang Anum Sakeena.

“Akak, saya setuju. Sampaikan kepada Anum.”

Dan selepas itu dia terduduk.

“Aku telah membuat lompatan itu Ya Allah. Dan sekarang, aku serahkan diriku sepenuhnya kepada Engkau. Sungguh, aku hanya hambaMu yang tidak mengetahui apa-apa. Membuat keputusan ini, sekadar ingin menghormati seorang mujahidah yang benar-benar mencintaiMu Ya Rabb. Nyatanya, aku sebelum ini tidak mencintaiMu sehebat Cintanya, yang walau matipun masih ingin terus berjuang untukMu.”

Bukan senang melepaskan apa yang selama ini dikejar. Bukan senang memilih sesuatu yang diketahui tidak lama lagi akan hancur. Bukan senang hendak mengenepikan pilihan sendiri, perasaan hati, untuk memilih sesuatu yang benar dan hakiki, kerna biasanya walaupun pilihan diri itu salah, itulah yang disenangi. Dan hari ini dia melakukan, apa yang ramai manusia tidak mampu.

Lepaskan segala-galanya. Hanya percayakan Dia.

Air mata mengalir deras di pipi Syakir Muntasir malam itu.



******



“Sebenarnya, berapa lama lagi masa untuk awak hidup?” Soalan itu muncul dikala langit sedang indah ditemani bulan mengambang.

Anum menatapnya, dan tersenyum. “Tidak tahu. Tetapi doktor kata, boleh jadi panjang sekiranya tidak melahirkan anak. Awak pun dah dengar nasihat doktor masa awal-awal teman saya buat pemeriksaan semula dulu, bukan?” Dulu. Macam telah lama. Sedangkan, mereka baru setahun berkahwin.

“Jadi, kenapa hendak melahirkan anak?”

Senyuman Anum melebar. Dan senyuman itu sangat-sangat indah. Bulan mengambng jua bukan tandingan. Nyata ini syurga yang berada di atas dunia. Dan Syakir merasainya.

“Awak sudah tahukan?”

Dan giliran untuk senyumannya pula memekar.

“Tidak takut?”

Anum menggeleng. “Sebab akhirnya, kita akan mati juga. Lebih baik mati meninggalkan sesuatu untuk akhirat kita, daripada mati tidak memberikan apa-apa.”

Tangan Anum dipegang erat. Dikucup. “Saya minta maaf.” Lembut Syakir bersuara.

Anum mengiring. Kerusi malas yang menjadi tilam pembaringan mereka kini berbunyi. Antara aktiviti kegemaran, berbaring di atas kerusi malas bersama-sama, sambil menatap bulan mengambang indah. “Kenapa nak minta maaf?”

“Sebab awal-awal dahulu, saya tidak mencintai awak. Saya sebenarnya ragu-ragu. Tetapi hari ini, saya rasa saya tidak sepatutnya ragu-ragu. Saya sepatutnya terus menyahut.” Syakir turut mengiring. Wajah mereka berhadapan.

Majlis kahwin mereka sederhana sahaja. Ummi Abah datang ke Jordan bersama keluarga Anum, dan mereka berkahwin di Jordan. Saudara mara yang tahu, tidak ramai memberikan sokongan. Sebab semua melihat seakan-akan dia melemparkan diri ke dalam satu kecelakaan. Dia dihujani pelbagai tohmahan dari keluarganya sendiri yang tidak memahami. Abah dan Ummi pun tidak banyak membincangkan hal ini, kerana pada asalnya, Abah dan Ummi juga tidak berapa setuju. Tinggal keyakinannya sahaja yang akhirnya membuatkan tindakan itu mendapat restu.

Bukan satu keputusan yang mudah.

Hanya yang berani melepaskan segala-gala, dan percaya hanya padaNya sahaja yang mampu.

Tetapi hari ini, kepercayaan Syakir itu terasa seperti telah dibalas.

“Em, awak memang patut ragu-ragu. Bukan satu keputusan yang ringan. Dan saya yang patut minta maaf. Sebab saya macam dah hancurkan hidup awak. Awak tak berada di atas ‘track’ yang awak nak.” Anum mendekatkan wajahnya, hingga dahinya dan dahi Syakir bertemu.

Syakir menggeleng perlahan. Dahi mereka bergesel. “Ini memang bukan ‘track’ yang saya nak. Tetapi saya rasa, ini ‘track’ yang Allah nak, berdasarkan apa yang saya dapat bila bersama awak selama ini.”

Bayangkan, melihat bakal mayat yang langsung tidak seperti manusia yang berpenyakit maut. Hidupnya tetap ceria. Hidupnya tetap bersemangat dan gembira. Studinya terjaga, bahkan dijaga pula studi Syakir. Anum banyak memunculkan momen-momen indah. Program-program yang mengingatkan mereka berdua kembali kepada Allah SWT juga hangat dirancang oleh Anum. Rumah mereka seakan-akan bercahaya.

Baca Al-Quran sama-sama, malam Jumaat qiamullail bersama, Isnin Khamis puasa bersama, studi bersama-sama, keluar beriadhah di kala petang bersama-sama, pergi berziarah rakan-rakan bersama-sama, melaksanakan program dakwah dan tarbiyah bersama-sama. Dan banyak perkara lagi. Dalam semua itu, dia belajar daripada Anum.

Bagaimana walaupun tahu umur tidak panjang, kekuatan tetap mengisi kehidupan dan diri terus-terusan bergerak dengan cergas hidup sebagai hamba Tuhan. Tidak merungut menyumpah Allah SWT yang memberikannya penyakit itu. Tidak pula mengeluh. Tetapi apa yang dilakukan adalah, mencari segenap ruang dan peluang, mengisi hari-hari yang berbaki untuk menjadi bermakna. Bermakna kepadanya, dan kepadaNya.

Syakir Muntasir bersyukur. Dia tidak tahu bagaimana kalau dia terus menunggu Humaira’. Dua tahun bukan jangka masa yang pendek. Pasti pelbagai halangan, cabaran dan dugaan muncul. Namun memilih Anum, dua tahun itu tidak dilaluinya. Dia melalui saat-saat indah pada setiap masa.

Dia yang awal-awalnya serba salah, kini rasa tenang. Anum Sakeena, seindah namanya. Anum: Rahmat daripada Tuhan. Sakeena: Ketenangan.

Syakir berharap, ketenangan dan kebahagiaannya kekal.

Kekal…

Tiba-tiba terasa tangannya dipegang erat. Dia kembali ke alam realiti, dengan Anum di hadapannya.

“Awak, saya ada satu berita gembira sebenarnya malam ini.”

“Apa dia?” Bibirnya terhias dengan senyuman.

“Saya mengandung. Tiga minggu.”

Matanya membesar.

Kekal…

Itu mustahil bukan?



*******



Harinya tiba. Dan dia hampir sahaja tidak percaya semuanya berlaku dengan pantas.

Kini dia hanya berdiri, dan di hadapannya adalah sekujur mayat yang telah kaku. Minit-minit terakhir amat memeritkan hatinya. Kini air matanya menitik-nitik pada bayi lelaki yang sedang berada dalam gendongannya.

Semalam, Anum Sakeena selamat melahirkan anak. Namun akibatnya, kondiri kesihatannya merudum di tahap kritikal. Kerosakan pada organ dalamannya merebak dengan pantas akibat melahirkan anak. Satu perkara yang telah lama dipesan oleh doktor.

Beberapa bulan yang lepas, Doktor menasihatkan agar digugurkan kandungan untuk memanjangkan lagi nyawa Anum. Tetapi isterinya berkeras.

“Saya tetap akan mati juga!”

Dia sendiri, di dalam hati, inginkan Anum Sakeena hidup lebih lama. Dia bahagia dengan Anum. Dia rasa tenang dengan Anum. Tetapi melihat nekadnya isterinya, dan mengapa mereka berkahwin pada asalnya, membuatkan dia tidak pernah menyebut hajatnya itu. Dia menghormati cita-cita isterinya. Anum Sakeena terus mengandung hingga pada hari melahirkan anak mereka.

Sempat pula menduduki peperiksaan final pada tahun akhirnya, dalam keadaan sarat mengandung. Hari-hari sepanjang mengandung, dia tetap ceria, walaupun kandungan itu seakan bom jangka yang menandakan hari kematiannya.

“Awak tahu apa yang saya seronok?”

“Apa dia sayang?”

“At least, saya tahu bila saya mati. Boleh persiapkan diri habis-habisan.”

Anum menjawab dengan senyuman seakan-akan itu bukan satu musibah.

Ketika itu, Syakir Muntasir terpaksa meminta izin untuk ke tandas, dan menangis teresak-esak di dalam tandas keseorangan. Tersentuh.

“Kenapa awak tak pernah takut? Orang ramai takut mati.”

“Ah ah, takut buat apa? Pelik, kenapa mesti takut untuk balik kepada Yang Maha Mencintai kita?”

Tersentuh. Entah, hari-hari anak itu berada di dalam rahim Anum, terasa seperti saat kemuncak kehidupan seorang Syakir Muntasir. Matanya lebih terbuka. Dia lebih banyak belajar. Hatinya jadi lebih senang tersentuh. Dan pertama kali dia merasakan bahawa, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Langsung tidak punya tenaga, seakan itulah pertama kali dia menyedari kekerdilan dirinya terhadap Rabbnya.

“Nama dia, Mujahid Muntasir. Pejuang yang mendapat bantuan. Sebagaimana Syakir Muntasir, orang yang bersyukur yang mendapat bantuan.” Dia bersuara menamakan anaknya itu semalam, di hadapan Anum yang teramat lemah.

“Awak dapat bantuan apa?” Anum Sakeena yang pucat lesi ketika itu bertanya sambil tersenyum, walaupun senyumannya ketika itu kelihatan tawar kerana kepenatan dan menanggung kesakitan teramat.

“Allah beri bantuan, untuk saya pertingkatkan kehidupan dan pemikiran saya, dengan awak, sayang.” Jawapannya. Seikhlas hati. Tetapi itu tidak menyelamatkan nyawanya.

“Terima kasih sebab terima saya. Terima kasih, kerana merealitikan impian saya. Sekarang saya rasa sudah tiba masanya.” Anum dengan air mata meleleh, pagi tadi. Meragut segala ketenangan yang wujud di dalam jiwa Syakir.

Doktor memanggilnya masuk pagi tadi, dengan menggendong anak mereka, dia duduk di sisi perempuan yang dicintainya. Nyata, doktor memberikannya peluang untuk mengucapkan selamat tinggal.

Dia tidak mampu berkata apa-apa. Air matanya lebih deras dari air mata Anum.

“Anak Ummi, jadi saham akhirat Ummi ya. Mujahid, jadi Mujahid ya. Membesar jadi anak yang soleh, da’ie yang baik, tewaskan jahiliyyah, dan bawa seramai mungkin manusia ke syurga Allah ya?” Tangan Anum yang terketar-ketar ketika itu, berusaha mengusap lembut bayi mereka.

“Saya cintakan awak Anum Sakeena.”

Anum ketika itu menggeleng. “Awak cintakan Allah, sebab itu awak cintakan saya. Lepas ini, kerana cintakan Allah itu, awak akan berkahwin dan mencintai pula perempuan yang lain. Sebagaimana kerana awak cintakan Allah, awak menerima dan mencintai saya. Awak, jaga diri ya?”

Akhirnya dengan lafaz syahadatain dan wajah penuh ketenangan seperti seorang pemenang, Anum menghela nafas terakhir sebentar tadi. Dan Syakir Muntasir kini sekadar berdiri di sisinya, bersama Mujahid Muntasir yang masih tidak mengetahui apa-apa.

Cinta inilah yang tertinggi.

Cinta kepada Allah, hingga merancang untuk beramal selepas kematian.

Cinta kepada Islam, sehingga merancang untuk terus menyumbang selepas kematian.

Cinta kepada orang sekeliling, hingga mendidik agar semuanya mampu terus bergerak selepas kematian.

Cinta yang sebenar, hingga mampu memutuskan segala gari dunia, yang mengikat pada tubuh hamba. Benar-benar seakan berdiri di atas jalan yang cerah, dan tidak berselirat dengan perangkap ke neraka.

Pada umurnya baru 23 tahun, Syakir Muntasir seakan-akan telah mendapat sesuatu yang besar. Dirinya seakan-akan seorang yang baru.

Teringat dia pada saat dia membuat keputusan ini. Keputusan yang mengorbankan rasa hati, untuk memenuhi rasa Ilahi. Dia melihat apa yang dia perolehi hari ini.

“Ya Allah, aku rasa bersyukur membuat lompatan itu dan mempercayaimu.”

Air mata Syakir Muntasir tidak berhenti.

Dan akhirnya Mujahid Muntasir terjaga, dan menangis.



******



30 tahun. 7 tahun telah berlalu.

“Tua dah kita ni ya?” Suara Farid menariknya kembali.

Syakir mengangkat sebelah kening.

“Belum cukup tua untuk berhenti bekerja sebagai hambaNya.”

“Tua yang itu, hanya di kala mati sahaja.” Farid tertawa.

“Dan ada orang, merancang bagaimana di kala ‘tua’nya, masih mampu menyumbang.” Syakir menghela nafas.

Dia dapat melihat Farid mengangguk perlahan. “Aku banyak belajar daripada dia. Nyata, dua tahun bersamanya adalah untuk menjadikan aku, aku yang hari ini.”

“Kita sama-sama belajar daripada dia. Semoga Allah rahmati dia di akhirat sana.” Farid bersuara, sambil terus memandang horizon.

Bunyi ombak menghempas pantai mengisi ruang senyap antara mereka.

“Abah, abah!” Satu suara memanggil.

Dia dan Farid sama-sama menoleh. Seorang anak lelaki berumur 5 tahun, comel, berlari-lari mendapatkan Syakir. Terus merebahkan diri dalam pelukan Syakir.

“Anak saudara pakcik nak apa dengan Abah dia ni?” Farid menggeletek. Anak itu tertawa.

“Mukmin cari Abang Mujahid sebenarnya. Kenapa tak nampak dia?” Dia bersuara comel.

“Ah, Abang Mujahid ada di sana.” Syakir menunjuk ke arah batu karang besar yang terdapat pada hujung tunjukannya.

Kelihatan seorang anak lelaki, berumur 7 tahun, bersila dengan tenang sambil menghadap laut, dengan Al-Quran di tangannya. Mujahid Muntasir, itulah namanya.

“Mukmin perlahan-lahan ya pergi pada Abang Mujahid.” Syakir mengucup ubun-ubun Mukmin. Mukmin Muntasir nama penuhnya.

“Em.” Mukmin terus berlari-lari anak ke arah Mujahid.

Farid dan Syakir sama-sama memandang ke arah anak itu berlari.

“Mujahid sedang ulang hafalankah?”

“Mungkin. Bayangkan, pada umur 3 tahun sudah fasih membaca Al-Quran, saat anak-anak lain pelat untuk berbahasa melayu. Umur 5 tahun sudah menghafal 5 juzu’ Al-Quran, dan sekarang dia sudah hampir menghafal 30 juzu’.”

“Aku tahu. Dia juga nampak amat matang. 7 tahun, tapi macam remaja belasan tahun.”

“Genetik ibu dia agaknya.” Syakir tersengih. Teringat Anum Sakeena.

“Naa, tarbiyah sebenarnya. Kau pun cerita, macam mana Anum masa mengandung. Penuh penjagaan, penuh pengisian. Makanan dijaga, ibadah dipertingkat. Itu semua memberikan kesan.” Farid sekadar tersenyum.

“InsyaAllah, Mujahid ini pasti akan membesar menjadi seorang yang hebat nanti.”

“Macam Abah dia.” Farid menyiku Syakir. Syakir sekadar tertawa. Siapa tidak kenal Dr Syakir Muntasir hari ini di Malaysia? Antara orang terkenal yang memberikan motivasi kehidupan kepada masyarakat melalui pelbagai medium. Radio, televisyen, internet. Juga mempunyai Syarikat Consultancy Sakeena, yang giat memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah dan universiti, juga keluarga-keluarga.

“Abang-abang sekalian, makanannya dah siap!” Satu suara lembut melaung.

Syakir dan Farid sama-sama menoleh ke arah suara itu.

Kelihatan Amalina, isteri Farid melambai. Di sisinya terdapat seorang anak lelaki. Anak itu bernama Hasyim Mursyidi. Berumur 4 tahun. Anak itu berdiri antara ibunya, Amalina, dan seorang lagi perempuan.

“Bidadari dah panggil, jom!” Bahu Syakir ditepuk. Mereka bingkas bangun.

Syakir dan Farid berjalan mendapatkan tiga manusia itu. Farid terus berpimpinan tangan dengan Amalina dan Hasyim. Manakala Syakir terus memaut pinggang perempuan yang lagi satu, sambil tersenyum senang.

“Mana Mujahid dengan Mukmin?”

“Itu. Kita kena pergi ambil mereka dulu. Jom?” Syakir menunjuk.

“Jom.”

“Gelaran Aisyah RH adalah Humaira’. Dan dia pernah lumba lari dengan Rasulullah SAW. Dare to race with me o Humaira’ Arisha?”

Terus Humaira’ Arisha berlari.

“Game on Syakir Muntasir!” Humaira’ melambai tangan.

“Tak aci!” Syakir menjelir lidah, dan terus berlari mendapatkan Humaira’.

Nyata, selepas apa yang berlaku kepada Anum Sakeena, Humaira’ menunggunya. Bahkan tersentuh dengan Anum Sakeena, Humaira’ berhajat mencontohi perempuan itu. Yang telah berjaya melepasi sempadan cinta biasa.

Menjadikan cintanya cinta yang tertinggi dari segala manusia.

Syakir Muntasir tersenyum sendiri.

“Aku bersyukur dengan lompatan yang mengubah hidupku itu Ya Rabb.”

Lepaskan segala-gala, percayakan Dia!

.............kredit to eN hilal asyraf~langitillahi.com~...........


Read more...

just fall in love when you are ready

Just a short reminder to myself, and others who got the same feeling.


I don't think having a girlfriend, or boyfriend completes you, or is the thing that can make you happy. Sure, they'll make you smile until your jaw aches, laugh uncontrollably until you cry, but I've always believed that you have to be happy on your own before you can be happy with someone else.
Are You Ready? | Love makes you accept the unacceptable



Love, for me, is when you find someone you can really be yourself with. That you can share anything like a best friend. It's when you can't even imagine what your life would be like without that person. When words don't even come close to how you really feel and eventhough it doesn't make sense to other people, you know you're meant to be together.
Remember, Don't Forget | My problem is not worse at all


Sometimes, I think love and electricity are one in the same. If you do not feel the jolt in your soul everytime a kiss is shared, a whisper is spoken, and a touch is felt, then you're not really in love at all.

Love, come at me when you think I'm ready for you.


Read more...

Tuesday 5 July 2011

[SERAM] Kisah rumah sewa di UiTM

Sejak beberapa hari ni sibuk orang cerita pasal Cerita hantu. Terbaru cerita seram UITM yang diceritakan di Lowyat bersambung ke FB disiarkan secara langsung ke forum-forum dan blog, dan akhirnya singgah berehat di Blog aku. AKu sendiri pun seram sejuk juga baca cerita ni. Tak pasti Buatan Malaysia (ciptaan karangan SPM) atau pun betul-betul berlaku. Kalau producer filem David Teo berani nak buat filem ni, aku jamin David Teo tambah kaya lagi agaknya. Korang layankan jer cerita ni yer? kalau dah penah baca jgn kutuk aku kopipes yer..aku saja jer nak SHARE a.k.a KONGSI kepada yang BELUM baca. JOM!!




9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la.

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.
* Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
* Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
* Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.\



Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310


aku kata : betol atau tidak cerita ni, terpulanglah pada korang nak percaya ke tak. Aku kongi jew..heheh


Read more...

Monday 4 July 2011

kesedihanku & hujan




Pernahkah kamu merasa sedih, tetapi kamu tidak mengerti kamu itu sedih kenapa? Entah kenapa malam ini aku merasakan hal itu. Ingin rasanya aku menangis, tapi aku tidak tau pasti hal apa yang membuatku sangat ingin menangis. Semua terasa sesak.



Aku hanya ingin menangis. Aku hanya ingin membuat hatiku lega. Entah lega karena hal apa. You have to move on! Ya aku tau, itu adalah kata-kata yang sungguh mudah untuk diucapkan, tetapi sangat sulit untuk dilakukan.

Tolonglah, untuk malam ini biarkan aku menangis, biarkan aku merasa lega karena aku ingin menumpahkan air mataku seperti langit menumpahkan hujan yang sangat deras ke bumi. Setelah itu, aku akan lebih berani lagi menghadapi rasa takutku akan sesuatu yang belum pasti akan terjadi. You have to move on, no matter what happen, trust your heart! yep, I have to, walaupun kadang hati ini sering salah mengira :|
Kala hujan turun di hatiku.

Membasahi segala yang ada
Lencun jiwa dan raga
Dan hujan itu semakin lebat
...Hingga kelam segalanya

Pada wajah tak terzahir
Pada mata tidak mengalirnya air
Tetapi di dalam jiwa kuredam segala
Hingga mendung muncul di sana

Di dalam hatiku itulah hujan turun
Mengganti tangis pada wajah
Di luar hanya mampu tersenyum
Di dalam hati kulepaskan segala gundah

Kerisauanku hanya satu
Takut lebat di dalam hati ini
Akan menjadi bah
Membanjiri seluruh kehidupanku nanti


Read more...

sejambak mawaR

Kuntum 1 : Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi pada yang meminta dan menerima yang bertaubat.



Kuntum 2 : Prihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai.

Kuntum 3 : Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan keampunan untuk mu dan syurga telah menanti anda

Kuntum 4 : Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.

Kuntum 5 : Ingatlah didunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tiada seorang pun didunia ini boleh mendapat semua keinginannya.

Kuntum 6 : Contohilah pohon kurma ; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling dengan batu, ia membalas denngan menggugurkan buahnya.

Kuntum 7 : Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa guna bersedih?

Kuntum 8 : Jangan berharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.

Kuntum 9 : Siramilah api kebecian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.

Kuntum 10 : Mandi, berwudhuk, memakai wewangian dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.


Renung-renungkan...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...