Kuntum 1 : Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi pada yang meminta dan menerima yang bertaubat.
Kuntum 2 : Prihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai.
Kuntum 3 : Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan keampunan untuk mu dan syurga telah menanti anda
Kuntum 4 : Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.
Kuntum 5 : Ingatlah didunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tiada seorang pun didunia ini boleh mendapat semua keinginannya.
Kuntum 6 : Contohilah pohon kurma ; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling dengan batu, ia membalas denngan menggugurkan buahnya.
Kuntum 7 : Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa guna bersedih?
Kuntum 8 : Jangan berharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.
Kuntum 9 : Siramilah api kebecian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.
Kuntum 10 : Mandi, berwudhuk, memakai wewangian dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.
Renung-renungkan...
kerana aku seorang wanita aku di anugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran aku di anugerahkan dengan kesabaran walaupun di himpit kehidupan aku di anugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering di khianati hanya... kerana aku seorang wanita... inginkan kejujuran bukan kepalsuan inginkan kebahagian bukannya penderitaan ingin dihormati bukan dikasari ingin di sayangi bukan di lukai
Monday, 4 July 2011
sejambak mawaR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment